KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada sentimen positif di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 1.58 mata kepada 1,567.67, bergerak antara paras 1,566.34 dan 1,575.57 sepanjang sesi dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 466 manakala 470 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.11 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 3.96 bilion unit bernilai RM2.83 bilion sebelumnya.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau (Nikkei, Indeks Hang Seng dan Indeks Shanghai Stock Exchange Composite) ditutup tinggi meskipun prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Beliau berkata dana global mula menimbang semula rantau Asia Pasifik berikutan penilaian ekuitinya yang agak murah berbanding rantau lain.
"Sementara itu, para pelabur bersemangat menunggu pengumuman Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), pengukur inflasi pilihan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada lewat hari ini dengan harapan mendapat bayangan tentang perancangan berkaitan kadar faedah Fed menjelang mesyuarat dasar minggu depan," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM9.79, Tenaga Nasional meningkat 6.0 sen kepada RM11.92, IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM6.27, Public Bank susut 2.0 sen kepada RM4.21 dan CIMB berkurangan 7.0 sen kepada RM6.61.
Dalam kalangan kaunter cergas, MY E.G. menokok 10.5 sen kepada 91.5 sen, Capital A naik 3.5 sen kepada 73.5 sen, YTL Corporation meningkat 26 sen kepada RM3.03, manakala BSL Corporation dan Hong Seng Consolidated tidak berubah masing-masing pada 3.0 sen dan 1.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 45.81 mata kepada 11,826.79, Indeks FBM 70 mengukuh 61.48 mata kepada 16,416.78, Indeks FBMT 100 menambah 42.98 mata kepada 11,461.45, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 40.58 mata kepada 11,991.95 dan Indeks FBM ACE melonjak 47.0 mata kepada 5,062.01.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.77 mata kepada 187.33, Indeks Tenaga naik 6.02 mata kepada 977.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 60.14 mata kepada 17,303.81 dan Indeks Perladangan jatuh 23.10 mata kepada 7,402.95.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 2.48 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.06 bilion unit bernilai RM157.29 juta daripada 977.13 juta unit bernilai RM141.19 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 452.36 juta saham bernilai RM167.36 juta daripada 501.52 juta saham bernilai RM177.04 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 346.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (549.01 juta), pembinaan (202.36 juta), teknologi (722.34 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (83.42 juta), hartanah (224.77 juta), perladangan (21.87 juta), REITs (21.10 juta), dana tertutup (53,600), tenaga (135.93 juta), penjagaan kesihatan (45.42 juta), telekomunikasi dan media (32.83 juta), pengangkutan dan logistik (52.73 juta), utiliti (144.02 juta), dan amanah perniagaan (4.55 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 466 manakala 470 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.